Sunday, December 11, 2011

Mesin Karipap

Berita baik untuk pengusaha karipap....saya telah mereka bentuk tiga buah mesin karipap. Para pengusaha karipap boleh memilih mengikut kemampuan kewangan anda.

Dengan menggunakan mesin karipap rekaan saya ini, para pengusaha sekalian akan mampu mengeluarkan karipap mengikut tempahan atau permintaan pasaran anda sekalian.

Berikut ini saya nyatakan spesifikasi dan kapasiti pengeluaran yang dapat dikeluarkan oleh ketiga-tiga model mesin karipap tersebut.

Mesin ini menggunakan konsep melipat dan mengelim tepi secara serentak.
Menggunakan bahan logam yang tidak akan berkarat.
Acuannya, menggunakan bahan polimer yang diluluskan oleh pihak yang berwajib tentang penggunaanya dalam pembuatan bekas dan acuan pemerosesan makanan.

Di bawah ini ditunjukkan bentuk mesin karipap yang saya reka......tuan-tuan dan puan-puan dapat melihat tiga model:



Jenis Pelipat Manual

Sebenarnya pelipat karipap jenis manual yang di atas ini hanya membantu anda dalam kerja melipat dan mengelim seperti yang biasa menggunakan pelipat karipap tangan biasa. Cuma ditambah "plate" pada kedua-dua acuan atas dan bawah. (Pastinya jari jemari anda tidak akan sakit lagi atau "crame" bila melipat karipap sebanyak 200 biji). Acuannya diperbuat dari polimer yang terpilih untuk acuan makanan (tidak mengeluarkan toksid), begitu juga untuk dua keping "plate". "Hinghnya" pula menggunakan keluli kalis karat.

Jenis Pelipat-Separuh Automatik (2 acuan)

Mesin pelipat karipap jenis di atas ini pastinya akan lebih memudahkan kerja melipat dan mengelim karipap. Ianyanya melakukan kerja melipat dan megelim karipap 2 biji sekali lipat. Dalam 1 minit mesin ini mampu menghasilkan karipap 4 biji.....jika dikira 1 jam, ia boleh menghasilkan karipap sebanyak 240 biji/jam.

Saya pasti mesin ini tentulah pilihan bagi pengusaha yang banyak tempahan disetiap hari, sesuai untuk pengusaha kantin sekolah atau asrama.

Jenis Pelipat-Separuh Automatik (10 acuan)


Mesin pelipat karipap jenis ini. pastinya akan menjadi pilihan bagi yang mengeluarkan karipap beribu-ribu karipap setiap hari. Mesin ini boleh menghasilkan karipap sebanyak 600 biji sejam.......Jika pengendalinya sudah cekap dan memberi tumpuan untuk mengeluarkan lebih dari 1000 biji sejam sudah tentu boleh dilakukan dengan mesin karipap jenis ini. Mengikut kaji selidik yang saya lakukan, untuk mengeluarkan 1200 biji karipap dalam masa sejam, memerlukan 4 orang pekerja yang ditugaskan hanya untuk melipat karipap sahaja. Tapi dengan menggunakan mesin ini seorang sahaja dapat menghasilkan lebih 1200 biji dalam 1 jam.
Mesin ini pastinya sesuai untuk mereka yang mengeluarkan karipap "frozen", memandangkan kapasiti pengeluaran yang tinggi.


Jika tuan-tuan dan puan-puan, berminat dengan mesin karipap yang dinyatakan.....silalah hubungi saya untuk penerangan lebih lanjut....mengenai harga, tempahan dan lain-lain.

Saya juga sedia menerima tempahan mereka-bentuk mesin yang tuan-tuan dan puan-puan perlukan.

Sekian, terima kasih.

Fandy
 h/p:     019-5480871
email:   snasaaq@gmail.com